Sebelum ku mulakan, ingin ku tegaskan yg saya masih single. Namun, sya memutuskan untuk menulis ini buat insan istimewa jika stu hari ku sedar yg ku telah dilamun cinta..
Kekasih,
Khabar awak menjadi soalan pertama tatkala sya bangun tidur. Bagaimana pula dengan hari mu? Tatkala, sya memohon maaf kerana menganggu anda dengan hasil penulisan ini. Sya hanya ingin tegaskan persoalan utama dlm hidup.
Hidup ini hanya sementara. Begitu byk impian yg blum lgi dikecapi. Sya ini seorang yg buta kerana sya terlalu memandang keseronokan. Sya ini seorang yg pekak kerana sering kali mendengar kata-kata fitnah. Sya ini seorang yang bisu kerana jarang sekali menyampaikan kebenaran dan sya ini seorang yg lumpuh kerana byk melakukan kejahatan. Jadi lihat daku dgn mata hati dan tinggalkan daku jika dikau tidak mampu menerima baik dan buruk saya ini.
Tambahan pula, sya meletakkan keluarga di tangga pertama di hatiku. Merekalah segala-galanya, terutama ibuku. Jangan sesekali minta sya mengabaikan mereka dan jangan pula lupa untuk menegur daku jika daku telah mengetepikan mereka tanpa disedari. Kasih ibu itu kekal. Syurgaku berada di bwah tapak kakinya. Sya ingin berbakti kepada insan tersayang, ibuku terlebih dahulu. Dari hari pertama sya membuka mata hinggalah kini, dia byk berkorban untuk sya. Sya dahulu budak yg nakal, jarang sekali mendengar kata. Tanpa boleh dihitung, sya tlh byk menguriskan perasaan dia . Tangisan dia bermakna bahana buatku. Awk adalah teman sejati namun ibu ku kekasih hati selama-lamanya.
Sya ini insan yg lemah, senang diragut kebahagian. Jadi simpanlah hati sya sebaik-baiknya. Mengenali saudara melengkapkan hidup saya.
Urs truly…
Dengan berakhirnya surat saya membawa kata erti coretan hari ini pun sudah berakhir. Haha, maaf lah ye xjiwang.Hidup kna rock n roll,jiwang hanya untuk kanak-kanak ribena…yosh!!!!bubye…
