Apabila kita ingin membeli buah,kita akan menilai buah itu dengan begitu teliti. Pantang jika ternampak lubang kerosakkan. Pantang ternampak busuk…..
Namun itu jika buah, bagaimana pula kalau kita hendak menilai seseorang?Bukan untuk urusan jual beli tetapi untuk dijadikan teman sokongan. Bagiku bukan mudah untuk kita ketahui “belang” sebenar seseorang hinggalah banyak masa diluangkan bersama.Secara ringkas sya katakana bahawa makin banyak masa diluangkan makin kita tidak faham akan perangai si dia. Pelbagai ragam, cabaran perlu dihadapi dan ianya kadangkala Berjaya memecahkan dinding hati. Kejayaan meruntuhkan dinding hati menyebabkan putusnya tali persahabatan. Itulah akibatnya tatkala kesabaran hanya dimiliki oleh sebelah pihak sahaja.Bak kata rakan ku “niat tidak menghalalkan cara” tapi hakikatnya cara telah mewujudkan syak wasangka. Air mata bergenang kerana permainan fikiran. “Oh mengapa dia buat macam tu?Dia tak suka aku ke?”Walaupun org itu tiada niat untuk melukakan hati orang lain tetapi jangan sampai dia lupa akan keperluan Moscow orang lain. Keperluan Moscow itu milik setiap individu. Jadi hormat orang lain, baik sebaya, muda apatah lagi lebih tua.
Ini hanyalah sebuah pandangan tentang kehidupan yg kian moden. Anggap ini sebagai iktibar. Wajah yang cantik serta tampan dimiliki oleh semua orang tetapi terdapat penilaian yang lebih penting seperti etika. Etika yang baik memberi tanggapan yang baik.Tabik hormat juga diberikan. Etika berkait rapat dengan hati. Bersihkan hati dengan etika yang tiada cela dan niat yang ikhlas…..

No comments:
Post a Comment