Saturday, September 19, 2009

Impian

Aku mempuyai impian kecil. Aku ingin menjadi penulis satu hari nanti. Aku ingin bebas dalam menulis. Aku berjiwa pemberontak. Aku tidaklah begitu bangga dengan bahasa penjajah tetapi aku ingin menulis dalam bahasa “orang putih’. Aku berasa penulisan aku lebih baik dalam inggeris walaupun grammar aku tidaklah sehebat mana.

Aku mempunyai impian kecil. Aku ingin menjadi akauntan sementara menjadi penulis hanyalah untuk memuaskan self esteem aku. Aku ingin memiliki ACCA dan berkerja di samping kakak aku,di PETRONAS. Aku ingin mempunyai wang tanpa perlu berhutang dengan Ah Long. Aku ingin berkata kepada ibu bapa aku,”Ayah,ma..ini tiket kapal terbang tok ayah dan ma pergi menunaikan Haji” tapi impian hanya akan tetap menjadi impian jika aku tidak berusaha.

Aku mempunyai impian kecil,untuk memiliki rumah tanpa perlu berhutang,untuk memiliki kereta tanpa perlu risau kereta ditunda.Aku hanya mahu hidup dengan selesa bersama insan2 tersayang.Dan tatkala,aku mencapai impian itu maka aku sudah pun menjadi lengkap. Aku menjadi lengkap kerana sudah pun berjaya mengapai bintang tanpa perlu ke angkasa dengan sokongan semua. Owh,impian!

No comments:

Post a Comment