Tuesday, September 29, 2009

Pengaruh rakan sebaya

Saya mempunyai kawan. Begitu jua dengan kamu. Siapakah saya?Tanya mereka,sahabat saya…Kerana mereka mengenali saya dan saya juga mengenali mereka.

Apa yang harus saya buat jika saya lihat seorang rakan saya besikap negative? Haruskah saya ikut jejak si dia? Apa yang harus saya buat jika saya tidak berkenan dengan sikap kawan saya ini?Owh,tidak saya manusia yang lemah,lebih suka memendamkan. Apa yang harus saya buat jika kawan saya melukakan hati saya tanpa disedari?Perlukah saya berpura2 tidak kisah?Saya…siapakah saya untuk menilai orang sedangkan saya juga sesat,saya kerap kali sesat dalam mencari “nur”.

Pengaruh rakan sebaya memberi impak yg sgt besar dlm kehidupan seseorang. Kadang2 dengan tanpa keimanan yg teguh dan kewarasan akal dengan mudahnya kita mengikut jejak langkah rakan kita. Jika perkara itu positif tidak mengapa.Tetapi jika perkara itu negative bagaimana pula. Saya,Nimi Fatimah Idris pernah melalui saat hitam,pabila saya lihat di cermin dan tidak mengenali diri sendiri. Yang saya nampak ialah bayangan org lain. Tika itu baru saya sedar saya telah tersalah pilih kawan. Saya melarikan diri dan saya dengar keluh kesah org lain tentang saya. Betapa susahnya saya nak sesuaikan diri dengan keadaan masa itu. Kejadian itu berlaku berapa tahun yang lalu,saat ketika saya masih belajar untuk menghadapi SPM.

Gejala social sekarang,benarkah ia berpunca dari pengaruh rakan? Mengapa nak salahkan individu lain sedangkan yg melakukan maksiat ialah diri sendiri dan tiada yang memaksa…Pengaruh rakan hanyalah akan jadi anasir jahat jika kita tetapkan pendirian kita.Kita akan jadi diri sendiri jika kita berusaha untuk kekal begitu.Pengaruh rakan,ambil shaja yang baik dan yang buruk kita jauhi dan jika anda segagah seorang askar nasihatilah rakan anda untuk berubah.

~To lost a friend takes a life time to heal, to lost hope will never be the same again~

-Nimi-

No comments:

Post a Comment