Aku melakar bintang di atas kertas. Lakaran itu akhirnya menjadi lukisan kanak2 tadika. Hodohnye..buruk betol lukisan aku. Pembaziran kertas sahaja. Aku melakar kerana engkau. Aku mahu tunjuk pada engkau bahawa tiada yang secantik ciptaan Ilahi. Aku mahu kau lihat sekeliling dan tahu jika kau berasa malang ada lagi yg lebih malang dari engkau. Aku mahu kau tahu bahawa tangisan dan rintihan tidak membawa maksud kau telah gagal. Aku tidak bisa melihat kau bersedih kerana kau adalah aku. Engkau si bayang2 aku dalam air.
Di sini aku sertakan sajak kegemaran aku yg bertajuk "Aku"
AKU
Siapakah aku?
seorang
Aku yang mengaku
menjadi Aku?
berenang di laut tak jumpa pantai
mudik di sungai tak temu Hulu
memanjat langit tak capai awan
menggali tanah tak sentuh akar
Pantai, Hulu, Awan dan Akar
adalah Aku yang tidak pernah
menemui aku
Kerana Aku adalah Aku

No comments:
Post a Comment