Aku suka akan ketupat tapi aku tidak tahu menganyam ketupat. Walaupun aku tekun mendengar cara2 menganyam tapi akhirnya bukan ketupat yang aku hasilkan. Ish,Nimi ni… Aku sering kali ditertawakan oleh adik beradik aku kerana tidak tahu menganyam ketupat. Emak aku hanya menggeleng kepala melihat kerenah masing2. Aku sebagai yang bongsu, kerap kali didengki oleh adik beradik aku. Kadang2 aku geram jugak,ada je yang x kena bagi mereka..dan kemudian aku mengalah dan kadang mereka jugak mengalah dengan aku..aku syg keluarga aku..
Aku masih ingat ada satu masa,aku sedang tidur dan aku terlupa nak tutup tingkap aku.Tiba2 ada benda yang sayup2 memanggil aku.Aku biarkan sje.Bau yg busuk semakin mendekati dan aku dengan terkejutnya rasa ada benda di muka aku. Aku yang sedang mai mai pun tanpa berfikir,menjerit.Aku ingat ada hantu.Aku juga terjatuh dari katil. Ketawa yang kuat menghantui keadaan.Rupa-rupanya si abang telah menjolokkan mop melalui tingkap dan membiarkan mop itu hinggap di muka aku. Ish,si abang yang nakal!!!
Aku masih ingat jugak,tatkala melihat movie seram bersama abg ku..kadang2 aku takut bukan kerana jalan cerita itu,aku takut kerana si abg ini dok menyembunyikan diri dengan bantal dan selimut membuatkan aku ingin turut serta.Dia juga akan menjerit-jerit..abg aku,Ahmad Redzuan binti Idris seorang yg penakut juga..Adakah ini sikap yg diwarisi?haha..
Aku rindui saat itu.
Ketupat direbus dengan penuh kasih sayang.Di anyam dengan tangan yang lembut. Di isi beras dengan sukatan yang betul. Direbus dengan hati2. Digantung tanpa dibiarkan merasai sunyi.Di ikat dengan stu jumlah tertentu. Ketupat sering kali dikaitkan dgn hari raya. Hari raya kali ini penuh dengan harapan kerana kali ini semua adik beradik aku ada di situ,di rumah berwarna purple…..
Salam Aidilfitri,maaf zahir batin

No comments:
Post a Comment